Selasa, 27 Januari 2009

SIAPA SELEPAS ABDUL RAHMAN....?????



Pada bulan Mac tahun 2009 ini, Perhimpuan UMNO Pusat akan diadakan, seperti yang kita sedia maklum akan berlaku perobahan besar di dalam kepimpinan UMNO Pusat, ini tidak terkecuali pemilihan secara besar-besaran dalam barisan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang ada sekarang.

Seperti yang telah diketahui umum perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia semakin hangat diperkatakan, Khairy, Mukriz dan Khir Toyo masing-masing menawarkan diri untuk jawatan tersebut.

Persoalan yang timbul difikiran Bicara Mat Salleh, SIAPA SELEPAS ABDUL RAHMAN ?....apakah ada di kalangan Pemuda UMNO di negeri Sabah yang akan dilantik menggantikan Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Abdul Rahman Datuk Dahlan ?, samada sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia ?, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia ?, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia ? atau hanya dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia sahaja ?.

Bicara Mat Salleh mengharapkan siapa sahaja yang akan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan datang samada Khiry ka ?, Mukriz ka ? atau Khir Toyo, sekurang-kurangnya satu jawatan teratas (Setiausaha Pemuda, Setiausaha Kerja, Bendahari, Ketua Penerangan) hendaklah diperuntukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru untuk Pemuda UMNO Sabah.